Biodata dan Profile Baby Shima (Nor Ashima Ramli)



Biodata


Nama penuh: Nor Ashima Ramli

Nama pentas: Baby Shima

Tarikh lahir: 20 September 1992​

Umur: 26 tahun

Asal: Permas Jaya, Johor Bahru

Label: Nagaswara (Indonesia)​

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Twitter @aicobabyshima, Instagram @babyshimaofficial, Facebook Baby Shima, Youtube Baby Shima dan Tik Tok babyshima

Fakta Menarik

1. Aktif menyanyi cover lagu di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.

2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan.

3. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

4. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.

5. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.

6. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D'Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.

7. Pernah tular kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D'Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengsan di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.


Video Muzik Popular

Lirik Lagu Roadblock Hatiku - Baby Shima & Floor 88           

Kau telah roadblock hatiku sayang

Kau telah roadblock hatiku sayang

Hey               

Cerita ini malam

Ketika aku keluar

Berjalan di kota raya

Melihat sini sana

Dengan e kali lima                 

Hingga ku sedar dompetku di lain celana

Nasibku menjadi parah

Pabila ada polis di depan mata         

Hatiku rasa bergetar

Bagaikan petir menyambar

Saat engkau menghampiri

Kaku kaki terkunci

Bagai disumpah jampi               

Hingga perlahan-lahan ku mendekatinya

Dia memandangku

Terasa panahan percikan api cinta
                           
Kau telah roadblock hatiku sayang

Dengan pandangan cinta yang pertama

Pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku

Terdiam ku terpaku        

Ku koya-ya-yak kan saman cinta

(Yak-yak-yak-yay)

Ku koya-ya-yak kan saman cinta

Ku tak kisah kau nak samanku berjuta

0 Response to "Biodata dan Profile Baby Shima (Nor Ashima Ramli)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel